Saturday, July 19, 2008

Pastu sem dua.dah stop bisnes roti.Special sem,Wanie ajak bt bisnes
printing..Nampak best bisnes nie tapi byk problem bile kite deal
dengan orang.Bole la untungnyer.tapi x byk jgk..Tu la,Permulaan
kite start bisnes.Sekarang nie,kite bt bisnes Perfume.Sape-sape minat,
sila ke link:
http://profiles.friendster.com/myperfume.
Tak sampai 6 bulan,kite kene fikir nak bik title pe untuk final year
project nanti.Pening..nak pilih pe..Structure vs Geotech vs Highway vs Hydorology.
Tak sure lagi.Harap-harap la dapat ilham nak bik pe utk next sem.
Sem nie,kite target nak study rajin2 sebab da nak abis da..Subject semakin
susah.Harap-harap,dapat la..
Pastu,sehingga bulan 9.Saya akan jadi General manager untuk Ilmu Kiosk.
Pastu,terpakse tinggal kan kiosk utk budak baru.Sayangnyer tapi ape kah
daya..kakak senior nie da nak abis.kalo dah abis jer mksudnyer da tua la
kite..hahahaha..
Sem nie,seperti biase..akan lebih sibuk sebabnyer..saya ambik islamic 2.
kalo budak-budak uniten.Diaorang akan rs nak pengsan bile kene bik islamic.
Bukan sebab subject tu susah tapi banyak-banyak sgt keje nak kene bt utk
kumpul carry mark.Pastu,kite bik GIS.elective utk subjek civil..
belajar gune software..
Azam sem nie..x nak ponteng kelas kecuali sakit.Onny a.k.a housemate kite
dah janji..yang dia nak bagi hadiah kalo kite tak ponteng kelas.Susahnyer..
Tapi,tak pe la tinggal 2 sem jer,Zarith.Usaha-usaha..Kalo betul la kehdiran
kite penuh..pertama dalam hidup tak pernah ponteng.Mase sekolah,mesti de 1 hari ponteng utk 1 tahun.Sebabnyer,kite tak suke bt bende yang same setiap hari.

Dah lama tak post apa-apa pasal diri sendiri dekat blog nie.
Diam tak diam..tinggal lagi 1 year nak abis degree nie.
Tak sabarnyer sebab kawan2 kt dekat uitm graduate ahir sem nie.
Patutnye da final sem da kalo masuk Uitm.Tapi,kite pilih Uniten.
Memang susah nak cakap kenape kite pilih Uniten dari Uitm.
Dah la yuran dekat sini mahal compare to UiTM.Tapi,hati kite
lebih ke Uniten.Akhirnya,kite tau nape hati kite pilih Uniten
masa dulu.Sebabnye,dkt Uniten nie kite dapat belajar bende baru.
Antaranyer,kalo ddk UiTm mesti kite tak akan active utk aktiviti
club.Dah tentu kalo tak active tak syok la nak tulis dekat resume
bile nak minta keje.Pastu,dekat Uniten nie kite belajar basic2 teater.
Masa 1st sem,join astena.Yang paling penting,Uniten telah mengubah hidup
kite supaya lebih berdikari.Ye la,yuran mahal.Tak nak la susah abah dengan
mummy lagi.Kite da start berbisnes sejak sem 1 sampai la nie.Dah banyak
pengalaman yang kite lalui selame berbisnes.Bisnes pertama kite dekat Uniten nie
niaga roti dengan farah.untung sikit jer sebab kiteorang asyik terliur je tengok roti-roti yang nak jual.Pastu,Jual satu..Makan satu..(Memang lah laku).
Monday, June 30, 2008
Ini adalah copy daripada blog ainis azreen (http://ainisazreen.wordpress.com/).Kawan semasa di UNIEN.Kenal masa kite di semester 1.Seorang yang berani menyatakan kebenaran dan selalu berbual dengan ainis berkenaan politik semasa.Tujuan kite copy tulisan ainis berkenaan Saiful adalah untuk menyatakan sokongan kepada ainis berkenaan statement mengenai Saiful."Si Musang UNITEN".Untuk ainis..Jangan takut menyatakan kebenarannya.Kami semua ada di belakang anda..

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.
Dia mendakwa diliwat oleh seorang pemimpin kanan parti pembangkang. Yang saya pasti, profil pemimpin ini pasti diketahui umum. tetapi bagaimana dengan profil si pendakwa tersebut? Saya pernah berjanji kepada diri untuk tidak mengaitkan diri dengan sebarang perbalahan anak muda yang menjadi lumrah dunia politik. tetapi hari ini, saya akan dedahkan “era kegemilangan” yang pernah dicipta Saiful Bukhari suatu masa dahulu.
Saiful Bukhari mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi kepada pelajar-pelajar Uniten. Memulakan rentak seorang pemimpin sewaktu dipilih sebagai Ketua Pengarah Program Bakti Siswa Kemerdekaan 2006 ternyata memang menjulang nama beliau. Walaubagaimanapun tidak ramai yang tahu hakikat sebenar. Tentang ketelusan, kejujuran, dan sikap tanggungjawabnya sebelum, semasa dan selepas tamat program. Hampir dua tahun berlalu, tetapi saya masih jelas dengan semua cerita.
Tidak cukup dengan portfolio Ketua Pengarah Program yang hanya dianjurkan setahun sekali, Saiful kemudiannya merancang untuk tampak lebih berkaliber, lebih berkuasa. Dia kemudiannya bertanding di dalam pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2006/2007. Dengan bilangan undi yang tidak boleh dibanggakan, beliau berjaya. Beliau dikatakan mempengaruhi beberapa ahli perwakilan lain untuk mengundi beliau sebagai Presiden (baca:PRESIDEN). Namun demikian, rezekinya sudah ditentukan untuk hanya menjadi Timbalan Presiden. Dia akhirnya terbang ke Filipina untuk menghadiri sebuah seminar anjuran Kementerian Pengajian Tinggi. Pelik tetapi benar. Seharusnya yang terbang adalah Presiden bukan Timbalan Presiden. Mungkinkah Saiful menggunakan aksesnya sebagai Pemuda UMNO atau agen orang kenamaan untuk melayakkan diri untuk mewakili seluruh institusi pengajian swasta? Dan episod kegemilangannya bermula setelah dia kembali ke tanah air.
Seperti seekor musang yang tidak pernah bersyukur dengan rezekinya, begitulah juga Saiful Bukhari. Portfolio sebagai Timbalan Presiden nyata tidak memberi kepuasan kepadanya untuk menjadi orang yang paling berkuasa. Entah di mana silapnya, Saiful tidak mempedulikan sama sekali tugas dan tanggungjawabnya sebagai wakil suara mahasiswa UNITEN. Jangankan tugas sebagai pemimpin, malah tugas sebagai mahasiswa juga diabaikan. Tetapi dalam pada masa yang sama, saya dimaklumkan oleh teman dari IPTA lain bahawa mereka kerap bertemu dengan Saiful, menghadiri beberapa perjumpaan pemimpin Institusi Pengajian Tinggi. Saya terkejut pada mulanya. Bagaimana anda boleh menghadiri perjumpaan yang membincangkan tentang nasib dan masa depan mahasiswa seluruh Malaysia sedangkan anda mengabaikan tugas utama anda, iaitu menjaga kebajikan mahasiswa Universiti Tenaga Nasional? Bertambah kekok apabila mendengar Saiful Bukhari ini memperkenalkan dirinya sebagai Presiden @ Yang diPertua (YDP) Universiti Tenaga Nasional. Bukankah ini tanda-tanda awal dia sememangnya gila kuasa?
Saiful Bukhari ini juga dilihat sebagai seorang yang gila publisiti. Dia hanya akan “bertanggungjawab” sekiranya program tersebut mendapat liputan media, akhbar dan orang kenamaan. Oleh sebab itu, beliau hanya memilih untuk menjadi Penasihat program. Untung kerana tidak perlu bekerja keras memikirkan flow program, penyediaan kertas kerja dan pelaksanaan program. Yang dia tahu cumalah - pasti dia akan ditemuramah dan namanya pasti terpampang di dada akhbar. Dan hari ini saya kira, cita-citanya untuk menjadi seorang “star” sudah tercapai. Kemusykilan saya semakin berganda apabila ditengah-tengah kempen PRU 12 yang lalu, dia berjaya menempelkan diri di setiap roadshow ceramah DSAI. Bagaimana tidak musykil, sedangkan beberapa hari sebelum itu, dia menghulurkan pelawaan kepada saya di laman Friendster, untuk bersama-samanya mengundi Barisan Nasional! Mungkin dia tidak tahu bahawa prinsip dan pendirian saya tidak serapuh dia. Alasannya hanyalah sekadar membantu seorang teman menguruskan hal-hal berkaitan di Pejabat DSAI langsung tidak masuk akal. Peralihan parti politik Saiful Bukhari ketika itu hanya mengundang bahana. Siapa tidak kenal Saiful Bukhari? Pendusta yang bermuka-muka.
Dia tampil menjawab dengan menyatakan bahawa dia bakal melanjutkan pelajaran di sebuah akademi penerbangan. Satu persoalan, atas pembiayaan siapa? Mungkinkah kerana ingin menyelamatkan sang ketua, maruah sendiri sanggup dilapah. itulah harga kesetiaan yang perlu dibayar Saiful Bukhari. Menyelitkan diri di kawasan musuh dan akhirnya leher sendiri yang ditetak. Saya amat bersimpati jika inilah yang dicari-cari oleh manusia bernama Saiful Bukhari selama ini.
Kebimbangan kami nyata berasas. Saiful Bukhari telah mengeluarkan taringnya di saat-saat DSAI mula meletakkan kepercayaan ke atas dirinya. Saya mengakui kepintaran bermain yang dimiliki Saiful Bukhari, tetapi saya juga ingin ingatkan, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pasti akan tersungkur ke tanah. Buat Saiful Bukhari (jika anda membaca kenyataan saya ini), well done. Takziah juga buat keluarganya, adik perempuannya, dan alfatihah buat allahyarhamah bondanya.

Dah lama rasanyer,kite tidak meng"update" blog nie..
itu pun selepas zul dengan kak mawar tanya kenapa dah lama tak update
blog..cuma sekarang,kite semakin busy dengan bisnes-bisnes kite..
Seperti mempunyai magnet untuk kite mendekati filem ini dengan lebih dekat lagi..
Magnet ini semakin rapat dengan kite sehingga kite mengambil keputusan untuk
menonton hasil buah tangan kabir bhatia pada hari pertama.26Jun2008 pukul 1230pm.
Hasilnya sepi sebuah filem yang sesuai untuk di tonton bagi mereka yang masih mancari
cinta.."CInta tidak datang sekali"
Komen kawan kite mengenai filem sepi:
"Touching"
"Sesuai dengan jiwa"
Tapi bagi kite cerita sepi telah mengajar kite erti sebuah kehidupan.
"Sekiranya kite telah berjumpa dengan seorang yang sungguh istimewa dalam hidup kite"
"Kite kene berani melafazkan rasa cinta dengan seikhlas hati sebelum terlambat
kerana tidak tahu apa akan terjadi hari esok.."
Monday, February 25, 2008
Pilihanraya 2008 hampir menjelang tiba.
Selepas semalam[24 Februari 2008] tarikh akhir penamaan calon.
Apa yang aku ingin perkatakan selepas ini mungkin boleh
di jadikan panduan untuk kita sebagai pengundi memilih calon
yang bijak untuk kawasan masing-masing.
Pertama:
Trend pilihanraya kali ini,banyak muka-muka baru yang
di perkenalkan parti-parti yang bertanding walaupun kawasan itu pernah
di menangi oleh calon lama sebelum ini.
Cuba anda bayangkan,sekiranya calon itu tidak bemasalah kenapa perlu
di tukar dengan calon baru.Bagaimana calon tersebut boleh terpilih
pada percalonan lepas sekiranya dia memang tidak layak.
Masakan,parti tersebut buta memilih calon yang tidak layak bertanding.
Mesti ada yang tidak kena di kawasan tersebut.....Fikir lah sebelum mengundi.
Kedua:
Calon yang terpaksa bertanding dengan tiga penjuru.Kenapa boleh terjadi begini.
Sekiranya,calon di kawasan tersebut betul-betul bagus dan menjalankan tugas sepenuhnya kenapa perlu begitu ramai calon yang ingin bertanding di kawasan
tersebut.Mesti,ada yang tidak kena dengan calon lama sehingga memaksa dia
bertanding tiga penjuru.Bak kata pepatah, masakan paku berbunyi sekiranya rumah sudah siap."
Ketiga:
Aku begitu menghormati calon yang menang tanpa bertanding.Bagi aku,calon
tersebut betul-betul layak di gelar pemimpin sehingga tiada calon yang berani
bertanding di kawasan tersebut.Calon itu mesti seorang yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
Aku berharap ketiga-ketiga kriteria di atas dapat di jadikan panduan kepada
anda untuk memilih calon yang tepat.Jangan memilih kerana parti tetapi pilih la
kerana anda rasa dia betul-betul layak untuk menjaga kawasan anda.
Sekiranya coretan ini buat anda terasa saya,sepuluh jari disusun rapi untuk anda.
Saturday, December 29, 2007

1) Congkak
Mengisahkan tentang percutian sebuah keluarga yang dipenuhi dengan pelbagai kejadian aneh dan misteri. Ianya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik. Pelbagai peristiwa pelik telah berlaku sepanjang perjalan mereka ke banglo tersebut termasuklah Kazman kehilangan telefon bimbit.
Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan.
Sufiah sentiasa merasakan ada makhluk sedang memerhatikannya. Salah seorang anak mereka, Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Selain itu, Lisa juga sentiasa bermain di tepi belukar di belakang rumah kerana menurutnya, kawannya tinggal di situ. Rupa-rupanya tempat bermain Lisa tersebut menghadap kubur lama.
Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tersebut. Semakin lama peristiwa yang berlaku semakin pelik dan menyeramkan sehingga pada malam ketiga kedua-dua anaknya telah didapati hilang.
Mengapa perlu tonton?
Filem seram kedua arahan Ahmad Idham ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh semua pihak ekoran kejayaannya dalam filem Jangan Pandang Belakang (JPB). Bahkan, Ahmad Idham sendiri menjanjikan filem ini akan lebih baik dan lebih seram daripada filem JPB.
2) AntooFighter
Filem yang dibintangi oleh Que Haidar, Bront, Bell dan Awie ini mengisahkan tentang sekumpulan makhluk asing dan hantu-hantu di zaman dulu yang diketuai oleh Drakulat Van Listerooy yang kembali mengganas dan bermaharajalela di zaman ini.
Drakulat dan hantu-hantunya telah menawan Menara KL dan menjadikannya markas untuk memulakan kekacauan di ibu negara sehingga menyebabkan negara berada di tahap bahaya. Tindakan Drakulat ini sebenarnya untuk membebaskan ‘Lord Sharon’, anak syaitan ke dunia supaya mereka sama-sama dapat menguasai dunia.
Ancaman hantu-hantu ini cuba dipatahkan oleh Pak Din, salah seorang Antoofighter yang telah wujud sejak bermulanya alam dan dunia, di mana lima orang manusia akan terpilih untuk menjaga dunia daripada kuasa-kuasa jahat pada setiap 60 tahun. Bagaimanapun, Pak Din meninggal dunia ketika bertarung dengan kuasa jahat ini.
Mengapa perlu tonton?
Selain daripada dibintangi oleh ramai bintang popular, filem ini juga dikatakan mirip filem ‘Ghosbusters’ terbitan Hollywood. Malah, ini merupakan filem pertama yang seumpamanya di Malaysia.
3) Selamat Pagi Cinta!
Selamat Pagi Cinta! yang skripnya ditulis oleh Pierre Andre mengisahkan dua kisah cinta yang berbeza, kisah cinta seorang wanita dan kisah cinta seorang lelaki.
Julia (Fazura), seorang wanita yang menderita akibat kematian suami yang sangat dicintainya. Filem ini menceritakan bagaimana pertemuan dia dengan suaminya sehinggalah mereka berkahwin. Ilham (Pierre) seorang lelaki yang baik dan penyayang. Julia mengenali Ilham di sebuah kedai buku. Pertemuan singkat tersebut telah membuahkan rasa cinta dan mereka akhirnya berkahwin setelah melalui banyak cabaran.
Konflik bermula apabila Ilham mengetahui yang dia mengidap sejenis penyakit yang boleh membawa maut. Kerana terlalu sedih, dia berusahan merahsiakan perkara tersebut daripada isterinya dan mula tidak pulang ke rumah kerana menjalani rawatan. Julia yang tidak tahu perkara sebenar mula menyimpan syak wasangka. Akibatnya mereka sering bergaduh sehinggalah Julia mengetahui perkara sebenar.
Kisah kedua pula mengenai Azam (Que Haidar), seorang pelajar yang telah jatuh cinta dengan seorang gadis yang bernama Suci (Sharifah Amani), anak orang berada. Walaupun mereka saling menyintai, namun kasih Suci mula beralih arah apabila Azam sering mungkir janji. Alasannya, dia mula berasa tidak serasi dengan Azam dan Azam menerima keputusan Suci tersebut. Namun, sebenarnya Azam mempunyai alasan di atas setiap janji-janji yang dimungkirinya.
Mengapa perlu tonton?
Filem ini diarahkan oleh pengarah wanita paling muda iaitu Nurliana Samsudin atau lebih dikenali sebagai Yana. Gadis yang baru berusia 23 tahun ini masih menuntut di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Seni Persembahan.
4) Dunia Baru The Movie
Filem yang diadaptasi daripada drama bersiri Dunia Baru ini mengisahkan tentang usaha Opie, Tajol, Madihah, Suzanna, Erika dan Darius untuk menghalang Anizah daripada berkahwin dengan bekas kekasihnya Fazley.
Namun, tanpa pengetahuan mereka, Anizah sebenarnya telah diculik oleh bekas kekasihnya itu dan nota yang ditinggalkan oleh Anizah sebelum ini adalah atas paksaan Fazley. Dalam nota tersebut, Anizah menyatakan yang dia membatalkan niatnya untuk melanjutkan pelajaran ke UK kerana ingin berkahwin dengan Fazley dan sanggup melupakan semua impiannya sebelum ini.
Disebabkan nota tersebut, rakan-rakannya yang lain mengambil keputusan untuk menghalangnya daripada berkahwin di Thailand. Sepanjang perjalanan mereka ke sana, pelbagai insiden mencabar dan lucu telah terjadi sehingga mereka mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke Kuala Lumpur. Tetapi, pada saat-saat akhir mereka terserempak dengan kereta Fazley.
Sementara itu, sepanjang perjalanan Fazley ke Utara, dia telah menculik sesiapa yang mengesyaki dia telah menculik Anizah.
Mengapa perlu tonton?
Drama bersiri Dunia Baru mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan peminat sehingga memasuki musim ketiga. Dunia Baru The Movie dijangka mampu meraih kejayaan yang sama
5) Duyung
Duyung menyingkap tentang remaja kampung, Jimmy yang mempunyai perwatakan yang ganjil berbanding remaja-remaja lain di kampungnya. Jimmy tidak mempunyai kawan kerana semua penduduk kampung tidak menyukainya. Walaupun pelik, Jimmy merupakan seorang yang utamakan keindahan alam dan kebersihan. Jimmy percaya, sikapnya yang mementingkan kebersihan itu akan menemukannya dengan ikan duyung.
Dalam masa yang sama, Jimmy telah jatuh hati dengan anak ketua kampung, Aspalela. Untuk memperisterikan Aspalela, ketua kampung, Wak Pagek, telah mencabar Jimmy, dia perlu mempunyai tanah kalau hendak meminang anaknya. Cabaran tersebut disambut oleh Jimmy.
Dengan ideanya yang pelik, Jimmy mula membina sebuah pulau dengan menggunakan bahan-bahan buangan. Bagaimanapun, Wak Pagek tetap malu untuk bermenantukan Jimmy yang dianggap macam orang gila. Kecewa dengan keadaan, Jimmy mengalah dan membawa pulaunya pergi dari kampung.
Ketika itulah Jimmy terjumpa dengan ikan duyung apabila ia tersangkut pada jala yang ditebarkannya. Bermula dari hari itu, kehidupan Jimmy mula berubah. Namun, keselamatan ikan duyung juga berada dalam bahaya kerana ia menjadi tawanan Kordi, samseng kampung tersebut.
Mengapa perlu tonton ?
Filem bercorak komedi ini sama sekali tidak sama dengan rilem Air Mata Duyung yang diterbitkan pada tahun 1964. Filem ini bakal menyaksikan Maya Karin beraksi sebagai ikan duyung. Satu penampilan yang pasti dinanti-nantikan oleh semua peminatnya.
6) Los dan Faun
Filem ini mengisahkan tentang dua orang budak kampung, seorang Melayu dan seorang lagi Serani berketurunan Portugis. CarLos Rodrigo dan Ahmad Faun bin Dollah yang berasal daripada keluarga miskin mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik demi masa depan. Masalahnya, mereka tidak tahu apakah jenis pekerjaan yang boleh dilakukan.
Oleh kerana itu, mereka telah mencuba pelbagai jenis pekerjaan di Kuala Lumpur, tetapi kejujuran Faun telah membuatkan mereka sentiasa dibuang kerja. Bagaimanapun, keadaan mula berubah apabila Faun mula mempunyai kebolehan untuk mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’. Dengan menganalisa keadaan di sekeliling, Faun dapat menjangka di mana benda-benda tersebut berada.
Los dan Faun telah membuka agensi yang memberi khidmat untuk mencari barang hilang. Mereka telah menjadi popular dengan sekelip mata dan wang telah datang mencurah-curah. Namun, suatu hari masalah mula timbul apabila Faun bagai hilang kuasanya apabila cuba mencari jam emas putih bertatah berlian yang bernilai RM40 juta hadiah Puan Jasmin untuk arwah suaminya.
Mengapa perlu tonton?
Jika sebelum ini anda terpukau dengan lakonan Stephen Rahman-Hughes sebagai Hang Tuah dalam teater Puteri Gunung Ledang, kali ini anda berpeluang melihat kebolehannya di layar perak. Selain itu, filem ini turut dibintangi oleh Erra Fazira dan Ida Nerina.
7) Sepi
Filem terbitan Grand Brilliance ini memaparkan tentang kehidupan tiga individu berbeza di sebuah kota besar. Mereka ini mempunyai konflik masing-masing. Masih mencari erti cinta yang sebenar, hilang arah dan hidup dalam kesepian.
Adam merupakan seorang chef muda yang cukup berjaya sehingga mempunyai produknya sendiri untuk majlis-majlis perkahwinan, tetapi masih tidak mempunyai teman istimewa. Sufi pula merupakan seorang jejaka yang masih tidak dapat melupakan kematian isterinya. Manakala, Ariel, pelakon muda yang mula mendapati teater merupakan cara terbaik untuknya melupakan kisah silam.
Ketiga-tiga individu yang saling tidak mengenali ini masing-masing mempunyai cerita sendiri. Peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh mereka akhirnya berjaya mengubah kehidupan mereka buat selamanya.
Mengapa perlu tonton?
Filem ini dikatakan kesinambungan kepada filem Cinta yang banyak meraih anugerah pada tahun ini. Malah, ia turut dibintangi oleh banyak nama-nama besar seperti Nasha Aziz, Afdlin Shauki, Vanida Imran, Eja, dan Fahrin Ahmad.
Tuesday, October 30, 2007

Name: Liyana Jasmay
State: Kuantan, Pahang
Age:19
Star Sign: Aries
Occupation: Actress // Student - currently studying in Sunway University College in Performing Arts and Media.
Hobbies: Shopping
Music: R & B
Favorite Bands: Maroon 5
Previous Gigs: Phim in Castello (2006) // Ana in Syaitan (2007) // Suhaila in Malaikat Maut (2007) // CARI (2007) directed by Ismail Yaacob // Cinta Si Rempit (2007) directed by Ahmad Idham.
Awards: Most Promising Actress – Festival Filem Malaysia Ke-19